Ganjaran Hotlink Terma dan syarat
1. “Kempen Hotlink Smile4Rewards” ialah program ganjaran dan kesetiaan yang dipromosikan oleh Maxis Broadband Sdn Bhd (“Hotlink”) untuk pelanggan Malaysia. Semua tempahan, perkhidmatan pelanggan dan perhubungan pelanggan disediakan dan dikendalikan oleh ejen pelancongan yang dilantik, Inspire SE-Asia Marketing PTE. Ltd, 16 Raffles Quay, Hong Leong Building Singapore (“Inspire”). Untuk mengelakkan keraguan, Hotlink tidak akan bertanggungjawab bagi tempahan, perkhidmatan pelanggan dan komunikasi pelanggan yang berkaitan dengan tawaran promosi tersebut.
2. Tertakluk pada Terma dan Syarat, Inspire akan mengeluarkan dua (2) tiket penerbangan pergi balik kepada pelanggan Hotlink terpilih semasa tempoh Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink dari 19.04.2019 hingga 15.08.2019.
3. Dua (2) tiket penerbangan percuma tersebut akan merangkumi: tambang asas pesawat, cukai, duti penumpang, caj tambahan bahan api, caj perkhidmatan dan bayaran serta cukai lapangan terbang bagi pelanggan Hotlink terpilih dan maksimum seorang [1] penumpang tambahan bagi tiket pergi balik penerbangan kelas ekonomi. Semua kos lain yang berkaitan dengan penerbangan akan ditanggung oleh pelanggan Hotlink terpilih dan tidak dimasukkan dalam Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink. Kos lain berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada (i) sebarang caj bagasi atau caj lain yang dikenakan berhubung dengan penerbangan atau sebagai tambahan terhadap tambang (ii) insurans (iii) sebarang bayaran tambahan untuk pembayaran kad (iv) sebarang bayaran untuk hotel, sewaan kereta, pertukaran lapangan terbang, teksi, tempat letak kereta, naik taraf tempat duduk, makanan dan minuman, visa, dokumen imigresen atau sebarang perkhidmatan tambahan yang lain.
4. Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink ini hanya terbuka kepada pelanggan Hotlink yang telah mendaftar untuk Kad SIM Hotlink di Malaysia dan berumur lapan belas (18) tahun atau lebih. Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink tidak terbuka kepada para pekerja Hotlink, ejennya atau sesiapa yang mempunyai hubungan secara profesional dengan Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink.
5. Pelanggan Hotlink terpilih yang telah berjaya menerima kod baucar penerbangan percuma melalui peti hadiah misteri aplikasi RED (“Kod Baucar Penerbangan Percuma”) mesti menyimpan syot layar Kod Baucar Penerbangan Percuma sebagai bukti kelayakan.
6. Pelanggan Hotlink terpilih akan diberikan:
(a) Satu Kod Baucar Penerbangan Percuma yang sah untuk dua (2) tiket bagi destinasi domestik (di Malaysia) terpilih; atau
(b) Satu Kod Baucar Penerbangan Percuma yang sah untuk dua (2) tiket bagi destinasi Asia Tenggara.
Sila rujuk perkara 22 untuk senarai destinasi tersebut.
7. Pelanggan Hotlink terpilih dan penumpang iringan mesti memiliki dokumen perjalanan yang sah (Kad Pengenalan (KP) atau pasport yang sah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan daripada tarikh pulang mana-mana penerbangan).
8. Pelanggan Hotlink terpilih mesti log masuk ke laman web kempen www.flywithhotlink.com, dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas menerima Kod Baucar Penerbangan Percuma, dengan menggunakan Kod Baucar Penerbangan Percuma mereka sebagai kod untuk log masuk.
9. Pelanggan Hotlink terpilih mesti melengkapkan borang permohonan dalam talian dengan memasukkan butiran seperti nama penuh, alamat e-mel, nombor telefon Hotlink yang memenangi Kod Baucar Penerbangan Percuma tersebut dan butiran penumpang lain yang akan terbang bersama dengan pelanggan Hotlink terpilih.
10. Pelanggan Hotlink terpilih mesti memilih lapangan terbang perlepasan, tiga (3) destinasi berasingan dan tiga (3) tarikh cadangan perjalanan. Tiga (3) tarikh cadangan perjalanan tersebut hendaklah pada bulan yang berbeza-beza dan berjarak 30 hari antara satu sama lain. Penginapan minimum ialah tiga (3) hari kalendar. Penginapan maksimum ialah tiga puluh (30) hari kalendar.
11. Tarikh perjalanan terawal yang boleh dipilih oleh pelanggan Hotlink terpilih ialah empat puluh (45) hari kalendar dari tarikh permohonan. Tarikh paling lewat yang boleh dipilih oleh pelanggan Hotlink terpilih ialah sebelas (11) bulan dari tarikh permohonan.
12. Pelanggan Hotlink terpilih akan menerima e-mel pengesahan peribadi daripada Inspire dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam hingga tempoh maksimum tujuh (7) hari. Pelanggan Hotlink terpilih bertanggungjawab untuk memeriksa e-mel mereka (termasuk e-mel spam atau e-mel remeh) setiap hari agar tidak terlepas pandang e-mel ini.
13. E-mel yang dihantar oleh Inspire kepada pelanggan Hotlink terpilih mengikut perkara 12 di atas akan mengandungi pautan langsung peribadi. Pelanggan Hotlink terpilih mesti log masuk semula ke halaman pendaratan melalui pautan langsung peribadi yang diterima daripada Inspire, kemudian memuat naik dokumen berikut dalam tempoh (48) jam dari masa dan tarikh pautan peribadi diterima daripada Inspire melalui e-mel:
(a) satu salinan KP atau pasport yang sah dan butiran peribadi seperti, alamat, nombor telefon serta butiran semua penumpang yang terbang bersama dengan Peserta, dalam tempoh (48) jam e-mel dihantar (cf. perkara 12).
14. Sila ambil perhatian bahawa jika pelanggan Hotlink terpilih gagal memuat naik dokumen yang diperlukan seperti perkara 13 di atas, tempahan akan ditolak, dan Kod Baucar Penerbangan Percuma akan terbatal.
15. Selepas dokumen yang dinyatakan dalam perkara 13 di atas telah diterima, pelanggan Hotlink terpilih akan menerima tawaran penerbangan daripada Inspire, melalui e-mel dalam tempoh tujuh (7) hari (“E-mel Tawaran Penerbangan Percuma”). Apabila tawaran penerbangan yang khusus telah diterima, pelanggan Hotlink terpilih mesti memaklumkan Inspire dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam hingga tempoh maksimum tujuh (7) hari, sama ada pelanggan Hotlink terpilih menerima tawaran tersebut atau tidak.
16. Pelanggan Hotlink yang dipilih boleh menambahkan tambahan dua (2) penumpang pendamping kepada dua (2) penumpang percuma yang disediakan di bawah Kempen Penerbangan Hotlink Ganjaran Percuma, kos ditanggung sendiri pelanggan Hotlink dan masukkan butiran peribadi mereka.
17. Sebaik tawaran diterima daripada pelanggan Hotlink terpilih, Inspire akan mengeluarkan dua (2) tiket penerbangan percuma kepada pelanggan Hotlink terpilih.
18. Dengan menerima tawaran penerbangan tersebut, pelanggan Hotlink terpilih juga boleh menerima harga tawaran bagi mana-mana penumpang iringan yang dimasukkan ke dalam permohonan yang sama dan disenaraikan dalam tawaran penerbangan. Pelanggan Hotlink terpilih hendaklah membayar tiket pengiring menggunakan kad kredit.
19. Pelanggan Hotlink terpilih boleh mengeluarkan penumpang tambahan sebelum tempahan dibuat, tetapi mesti menerima tawaran penerbangan percuma tersebut dan memaklumkan Inspire dengan segera untuk mengeluarkan penumpang tambahan tersebut.
20. Tiada jaminan untuk ketersediaan tiket penerbangan percuma yang ditawarkan sehinggalah tawaran tersebut telah ditempah. Tawaran tidak boleh ditempah selagi tawaran tidak disahkan dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam dari tarikh dan masa E-mel Tawaran Penerbangan Percuma. Sila ambil perhatian bahawa jika pelanggan Hotlink terpilih tidak menerima tawaran tersebut dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam, Kod Baucar Penerbangan Percuma akan dibatalkan.
21. Inspire akan menghubungi pelanggan Hotlink terpilih untuk memuktamadkan tempahan dan menghantar e-tiket kepada pelanggan Hotlink terpilih, dengan syarat, pengesahan telah diterima daripada pelanggan Hotlink terpilih. Pelanggan Hotlink terpilih bertanggungjawab untuk menyemak butiran tiket dengan segera dan memaklumkan Inspire dalam tempoh dua belas (12) jam penerimaan tiket tersebut, sekiranya butiran pada tiket itu silap. Tiada pembatalan atau perubahan akan diterima selepas itu. Tiket penerbangan tidak boleh dipindah milik.
22. Jika pelanggan Hotlink yang dipilih mengesahkan tawaran penerbangan dan tawaran penerbangan tidak lagi tersedia sebelum tempahan penerbangan dibuat, Inspire akan menyediakan tawaran baru kepada pelanggan Hotlink yang dipilih jika penerbangan yang dipilih dibatalkan, dialihkan atau tidak lagi tersedia. Sebaik sahaja tempahan penerbangan telah dibuat, terma dan syarat syarikat penerbangan dikenakan kepada pembatalan penerbangan atau perubahan.
23. Berikut ialah senarai lapangan terbang perlepasan dan destinasi:
Penerbangan Percuma Domestik
Kuala Lumpur | Pulau Pinang | Alor Setar | Johor Bahru | Kota Bharu |
Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar | |
Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru |
Kota Bharu | Kota Bharu | |||
Kota Kinabalu | Kota Kinabalu | Kota Kinabalu | Kota Kinabalu | Kota Kinabalu |
Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu |
Kuching | Kuching | Kuching | Kuching | Kuching |
Langkawi | Langkawi | Langkawi | Langkawi | Langkawi |
Miri | Miri | Miri | Miri | Miri |
Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang |
Kota Kinabalu | Kuala Terengganu | Kuching | Langkawi | Miri |
Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar |
Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru |
Kota Bharu | Kota Bharu | Kota Bharu | Kota Bharu | Kota Bharu |
Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu |
Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur |
Kuching | Kuching | Kuching | Kuching | Kuching |
Langkawi | Langkawi | Langkawi | Langkawi | Langkawi |
Miri | Miri | Miri | Miri | Miri |
Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang |
Penerbangan Percuma Antarabangsa
Kuala Lumpur |
Bangkok |
Brunei |
Chiang Mai |
Denpasar |
Hanoi |
Bandar Ho Chi Minh |
Jakarta |
Krabi |
Lombok |
Mactan Cebu |
Manila |
Pulau Pinang |
Phnom Penh |
Phuket |
Singapura |
Vientiane |
24. Destinasi tersedia bergantung pada lapangan terbang perlepasan dan tidak semua destinasi tersedia dari semua titik perlepasan yang disenaraikan. Ketersediaan penerbangan mungkin terhad bergantung pada destinasi yang dipilih atau masa perjalanan yang dipilih. Pemilihan pesawat adalah atas budi bicara mutlak pihak Inspire. Pelanggan Hotlink terpilih tidak berhak untuk meminta pesawat, laluan atau tarikh perjalanan yang khusus.
25. Semua penerbangan tertakluk pada ketersediaan tempahan. Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink ini tidak sah untuk perjalanan semasa sambutan Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baharu. Tempoh-tempoh (misalnya cuti persekolahan dan sambutan keagamaan) dan tarikh tertentu mungkin dihadkan bergantung pada masa perjalanan dan destinasi yang dipilih. Ketersediaan penerbangan boleh juga dihadkan oleh acara istimewa, pameran perdagangan atau cuti umum.
26. Setiap permohonan penerbangan percuma terhad untuk penggunaan sekali sahaja. Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink sah untuk dua (2) orang, yang merangkumi tempahan dan penerbangan. Hanya dua (2) penerbangan percuma boleh ditebus bagi setiap orang dan isi rumah. Penerbangan percuma tidak boleh digunakan secara kombinasi antara satu sama lain.
27. Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink ini tidak melayakkan pelanggan Hotlink terpilih untuk mengembara melalui laluan tertentu, pesawat atau pada tarikh yang tertentu. Pelanggan Hotlink terpilih boleh ditawarkan destinasi alternatif atau tarikh alternatif berbanding dengan yang dipohon.
28. Semua perjalanan (berlepas dan pulang) mesti dilakukan selewat-lewatnya pada 30.09.2020 Semua penerbangan mesti ditempah selewat-lewatnya pada 28.09.2019.
29. Inspire dan Hotlink tidak akan bertanggungjawab pada perubahan dalam jadual penerbangan, laluan atau destinasi dan berhak untuk menggunakan penyedia perkhidmatan yang lain sebagai alternatif. Sekiranya berlakunya peperangan, gempa bumi, bencana atau malapetaka yang seumpamanya, atau sebaliknya berlaku keadaan yang di luar kawalan munasabah pihak Hotlink sepenuhnya dan hanya apabila keadaan tidak dapat dielakkan, Hotlink berhak untuk menarik balik promosi ini tanpa notis dan tanpa menawarkan pampasan.
30. Hak pelanggan Hotlink terpilih dan mana-mana individu yang mengembara bersama dengannya untuk menuntut pampasan adalah tertakluk pada peruntukan kawal selia pesawat. Inspire dan Hotlink tidak bertanggungjawab untuk pampasan yang berkaitan dengan kegagalan syarikat penerbangan.
31.Tiada tawaran alternatif untuk menukarkan Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink kepada tunai.
32. Kod dan pengesahan yang diterima semasa proses permohonan pelanggan Hotlink terpilih adalah bersifat peribadi dan tidak boleh dipindah milik. Tempahan tidak boleh diminta atau dilakukan oleh pihak ketiga dan penerbangan tidak boleh ditempah oleh pihak ketiga dengan menggunakan nama pelanggan Hotlink terpilih.
33. Selanjutnya, Inspire berhak untuk mengesahkan semua tuntutan, menyemak kandungan semua permohonan dan pendaftaran, bagi memastikan pematuhan pelanggan Hotlink terpilih terhadap Terma & Syarat ini dan berhak untuk enggan membekalkan penerbangan atau menarik balik hak penerbangan jika terdapat sebab yang munasabah bahawa berlakunya pelanggaran Terma & Syarat ini atau mana-mana arahan yang membentuk sebahagian daripada keperluan penyertaan Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink ini atau sebaliknya peserta Hotlink terpilih telah memperoleh kelebihan tidak adil daripada menyertai tawaran ini atau melakukan tuntutan secara penipuan.
34. Data peribadi yang diperoleh semasa Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink sedang berjalan hendaklah diproses mengikut peraturan dan undang-undang perlindungan data yang dikenakan. Data peribadi tersebut hendaklah di diproses bagi tujuan pelaksanaan Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink ini. Data peribadi tidak boleh diserahkan kepada pihak ketiga melainkan data peribadi tersebut diperlukan untuk tujuan tempahan dan memenuhi keperluan promosi yang lain.
35. Inspire dan Hotlink tidak boleh menerima sebarang tanggungjawab untuk tuntutan, kehilangan dan kelewatan atau tuntutan yang tidak diterima pada tarikh akhir permohonan berdasarkan Kod Baucar Penerbangan Percuma pelanggan Hotlink terpilih. Pelanggan Hotlink terpilih bertanggungjawab untuk memastikan bahawa butiran yang diberikan adalah betul agar tuntutan boleh diproses. Inspire dan Hotlink tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesesakan lalu lintas atau kegagalan untuk mengakses Internet.
36. Dengan menyertai Kempen Penerbangan Percuma Ganjaran Hotlink ini, pelanggan Hotlink terpilih dianggap telah menerima Terma dan Syarat ini.
37. Semua perhubungan bertulis hendaklah dihantar ke alamat seperti yang dinyatakan dalam laman web kempen www.flywithhotlink.com. Pelanggan Hotlink terpilih yang mempunyai pertanyaan atau aduan tentang promosi boleh menghubungi Inspire di alamat surat menyurat, atau melalui telefon atau melalui e-mel Inspire dengan menggunakan butiran perhubungan pada laman web kempen www.flywithhotlink.com.
38. Pelanggan Hotlink terpilih memahami dan menerima bahawa kegagalan untuk mematuhi peruntukan dokumentasi dan maklumat menurut terma dan syarat perjanjian ini, akan mengakibatkan pelanggan Hotlink terpilih kehilangan hak untuk menerima tiket penerbangan percuma tanpa melibatkan liabiliti ditanggung oleh pihak Inspire dan Hotlink.