BAGAIMANAKAH UNTUK MENEBUS PENERBANGAN PERCUMA SAYA?
Langkah 1
Sebagai pemenang yang terpilih, anda akan menerima kod baucar menerusi aplikasi Hotlink RED. Kod ini sah untuk tiket penerbangan percuma pergi dan balik untuk dua (2) orang dan akan digunakan untuk penebusan penerbangan anda.
Langkah 2
Log masuk ke www.flywithhotlink.com dan masukkan kod promosi anda. Anda perlu melengkapkan permohonan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas menerima kod baucar melalui aplikasi Hotlink RED. Untuk memproses permohonan, sila sertakan maklumat berikut:
· Nama penuh anda
· Alamat e-mel
· Lapangan terbang perlepasan anda
· Tiga destinasi yang berbeza dan tiga tarikh perjalanan pilihan
Harap maklum bahawa keutamaan antara ketiga-tiga pilihan destinasi dan tarikh perjalan tidak akan dianggap lebih utama daripada yang lain. Sebelum menghantar permohonan anda, pastikan permohonan anda telah disimpan dalam bentuk PDF sebagai rujukan.
Langkah 3
Inspire akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam sehingga 7 hari selepas menerima permohonan anda melalui e-mel ([email protected]). Anda akan menerima pautan peribadi yang boleh anda gunakan untuk melengkapkan permohonan anda.
Permohonan tersebut perlu dilengkapkan dalam tempoh 48 jam.
Anda perlu:
· memuat naik salinan imbasan pasport antarabangsa anda yang sah/kad pengenalan (KP)
· memuat turun tangkapan skrin kod baucar sebagai bukti kelayakan
· memberikan butiran peribadi anda seperti alamat surat-menyurat dan nombor telefon anda.
Langkah 4
Anda akan menerima tawaran penerbangan percuma melalui e-mel, dalam tempoh 48 jam sehingga 7 hari setelah permohonan anda dilengkapkan. Untuk meneruskan tempahan tiket penerbangan anda, sila sahkan sekiranya anda berminat, kerana tawaran penerbangan hanya sah selama 48 jam.
Apakah destinasi yang boleh saya kunjungi?
Sila maklumkan kepada kami tiga destinasi impian anda dan kami akan menyemak samaada ia tersedia.
Destinasi berikut tersedia dari lapangan terbang perlepasan:
Penerbangan Domestik Percuma
Kuala Lumpur | Pulau Pinang | Alor Setar | Johor Bahru | Kota Bharu |
Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar | |
Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru | |
Kota Bharu | Kota Bharu | Kota Bharu | Kota Bharu | |
Kota Kinabalu | Kota Kinabalu | Kota Kinabalu | Kota Kinabalu | Kota Kinabalu |
Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu |
Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | |
Kuching | Kuching | Kuching | Kuching | Kuching |
Langkawi | Langkawi | Langkawi | Langkawi | Langkawi |
Miri | Miri | Miri | Miri | Miri |
Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang |
Kota Kinabalu | Kuala Terengganu | Kuching | Langkawi | Miri |
Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar | Alor Setar |
Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru | Johor Bahru |
Kota Bharu | Kota Bharu | Kota Bharu | Kota Bharu | Kota Bharu |
Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu | Kuala Terengganu |
Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur |
Kuching | Kuching | Kuching | Kuching | Kuching |
Langkawi | Langkawi | Langkawi | Langkawi | Langkawi |
Miri | Miri | Miri | Miri | Miri |
Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang | Pulau Pinang |
Penerbangan Antarabangsa Percuma
Kuala Lumpur |
Bangkok |
Brunei |
Chiang Mai |
Denpasar |
Hanoi |
Bandar Ho Chi Minh |
Jakarta |
Krabi |
Lombok |
Mactan Cebu |
Manila |
Phnom Penh |
Phuket |
Singapura |
Vientiane |
BILAKAH SAYA BOLEH MENGEMBARA?
Semua perjalanan (berlepas dan pulang) mesti dilakukan dalam tempoh sebelas (11) bulan dari tempoh penerimaan kod baucar melalui aplikasi Hotlink RED.
Penerbangan bergantung pada jadual penerbangan pesawat. Tarikh perjalanan terawal yang dipilih mestilah sekurang-kurangnya empat puluh lima (45) hari dari tarikh borang dihantar. Semua penerbangan tertakluk pada ketersediaan tempahan. Tawaran promosi ini tidak sah untuk perjalanan semasa sambutan Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baru.
Pada tempoh-tempoh (misalnya cuti persekolahan dan sambutan keagamaan) dan tarikh tertentu mungkin dihadkan bergantung kepada masa perjalanan dan destinasi yang dipilih. Ketersediaan penerbangan boleh juga dihadkan oleh acara istimewa, pameran perdagangan atau cuti umum.
BERAPAKAH TEMPOH MAKSIMUM PENGINAPAN DI DESTINASI PILIHAN SAYA?
Penginapan minimum ialah 2 malam manakala penginapan maksimum ialah 30 hari kalendar.
Bolehkah penerbangan percuma saya diberikan kepada rakan atau pasangan?
Tidak. Baucar adalah milik peribadi dan tidak boleh dipindah milik. Tempahan tidak boleh dipohon atau dilakukan oleh pihak ketiga dan penerbangan tidak boleh ditempah oleh pihak ketiga menggunakan nama peserta.
Apakah kelas tiket penerbangan yang disediakan?
Tawaran adalah untuk dua tiket kelas Ekonomi. (Peserta dan seorang penumpang tambahan)
Sekiranya anda ingin menaiki kelas penerbangan yang lain, sila buat permohonan kepada Inspire. Mereka boleh memberikan maklumat tentang kos untuk menaik taraf kelas penerbangan, jika dibenarkan.
Bolehkah saya menukarkan penerbangan percuma kepada bentuk tunai?
Tiada tawaran alternatif untuk menukarkan baucar atau tawaran promosi kepada tunai. Baucar tidak mempunyai nilai wang.
Apakah yang perlu diberikan perhatian semasa memilih tiga tarikh perjalanan?
Semasa memilih tiga tarikh perjalanan, pastikan tarikh pertama yang dipilih adalah sekurang-kurangnya empat puluh lima (45) hari kalendar dari tarikh anda menerima borang. Anda perlu merancang tarikh perjalanan pada bulan yang lain dan memastikan bahawa tarikh kedua dan ketiga masing-masing berjarak 30 hari antara satu sama lain.
Rakan saya juga mempunyai baucar penerbangan percuma, bolehkah kami terbang bersama?
Tidak. Baucar tidak boleh digunakan bersama-sama.
Bolehkah saya memilih masa penerbangan atau syarikat penerbangan?
Tidak. Tawaran dibuat berdasarkan kombinasi destinasi dan tarikh perjalanan yang diberikan dan tertakluk pada ketersediaan penerbangan. Mana-mana pilihan destinasi atau tarikh perjalanan tidak akan dianggap lebih utama daripada yang lainnya, dan pilihan destinasi tidak dijamin akan menepati sebarang tarikh perjalanan yang dipilih. Dalam kes tiada ketersediaan, alternatif mungkin ditawarkan. Pemilihan pesawat, masa penerbangan dan laluan merupakan budi bicara mutlak pihak inspire. Anda tidak berhak untuk meminta pesawat, masa penerbangan atau laluan yang khusus.
Berapa banyakkah masa yang saya ada untuk memohon penerbangan percuma?
Untuk menebus tawaran penerbangan percuma, permohonan anda mesti dihantar dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas anda menerima kod baucar melalui aplikasi Hotlink RED semasa tempoh kempen.
Bolehkah dua atau tiga orang terbang bersama-sama?
Boleh. Walau bagaimanapun, dua orang sahaja yang boleh menggunakan penerbangan percuma bagi setiap permohonan. Jika mahu, anda boleh menambah maksimum dua orang penumpang ke dalam permohonan anda. Pemohon dan penumpang pertama yang menemaninya akan terbang secara percuma. Penumpang yang selebihnya akan dikenakan caj pada kadar tempahan semasa.
Apakah yang akan berlaku jika saya mengembalikan pembelian saya?
Jika anda mengembalikan pembelian kelayakan anda, anda tidak lagi layak untuk penerbangan percuma.
Adakah saya perlu memuat naik bukti kelayakan?
Ya. Tangkapan skrin kod baucar yang terdapat dalam aplikasi Hotlink RED. Inspire tidak akan memproses mana-mana tempahan penerbangan untuk pelanggan yang tidak memuat naik bukti kelayakan mereka. Sila pastikan bahawa semua bahagian dokumen mudah dibaca kerana dokumen yang tidak lengkap tidak akan diterima.
Adakah saya perlu memuat naik imbasan pasport saya?
Ya. Pada langkah kedua permohonan, anda perlu memuat naik pasport anda dan pasport semua penumpang yang mengembara bersama dengan anda.
Adakah terdapat sebarang kos tambahan?
Penerbangan percuma untuk dua penerbangan dalam negeri kami akan ditempah tanpa melibatkan apa-apa kos kepada peserta. Tambang asas pesawat, cukai, duti penumpang, caj tambahan bahan api, caj perkhidmatan dan bayaran lapangan terbang akan terangkum dalam penerbangan percuma anda. Semua kos lain yang berkaitan dengan penerbangan akan ditanggung oleh Peserta dan tidak dimasukkan dalam tawaran tersebut. Kos lain berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad pada sebarang caj bagasi atau caj lain yang dikenakan berhubung dengan penerbangan atau sebagai tambahan pada tambang seperti insurans, sebarang bayaran tambahan untuk pembayaran kad, sebarang bayaran untuk hotel, sewaan kereta, pertukaran lapangan terbang, teksi, tempat letak kereta, menaik taraf tempat duduk, makanan dan minuman, visa, dokumen imigresen atau sebarang perkhidmatan tambahan yang lain. Peserta mesti membayar semua perkhidmatan tambahan, penumpang tambahan dan pembatalan atau pindaan, dengan menggunakan kad kredit yang berdaftar dengan nama mereka.
Bolehkah saya melakukan sebarang perubahan terhadap penerbangan selepas penempahan?
Tiada perubahan atau pembatalan penerbangan boleh dibuat selepas penempahan.
Bilakah saya akan menerima pengesahan tempahan / tiket saya?
Setelah anda menerima tawaran penerbangan, (dan telah membayar untuk sebarang tambahan penumpang atau sebarang caj jika ada) kami akan menempah penerbangan anda dan menghantar pengesahan tempahan dengan secepat mungkin. Harap maklum bahawa tempahan tidak sentiasa boleh dilakukan sejurus selepas tawaran diterima.
Saya ada soalan lagi.
Sila hubungi kami melalui PERHUBUNGAN.